Asal usul dan definisi Logistik

Terma Logistics wujud dikurun ke 19 dari bahasa Perancis yang berbunyi logistique dan terma ini dipopularkan oleh pedagang Perancis yang merantau ke seluruh dunia. Ianya sangat popular di Eropah sebelum ke benua Amerika.[1]

Menurut The Oxford English Dictionary logistik dikelasifikasikan sebagai sebahagian daripada sains ketenteraan the branch of military science yang berkaitan dengan perolehan, pengekalan, pengangkutan bahan, kakitangan, teknologi, perisian dan kemudahan yang lain. Bagaimanapun, menurut the New Oxford American Dictionary logistik adalah koordinasi khursus yang kompleks yang mengaitkan kakitangan dari pelbagai sudut, pembekal, kemudahan dan sebagainya. Menurut suumber yang lain, logistik juga dikelasifikasikan sains kejuruteraan yang menyediakan sistem mesra pengguna. Bukan sekadar itu, malah Logistik adalah satu proses yang rumit dari permulaan hinggalah ke akhir.Logistik kini sangat maju dengan teknologi seperti GPS (Global positioning system), robotik dan tenaga hijau.

Sistem logistik moden adalah antara industri yang sangat untung dan mendapat permintaan yang amat tinggi diseluruh dunia terutamanya negara-negara maju.